Wednesday, February 11, 2009

SAYA PRESIDEN PESEPSI YANG BARU...

Hari ini tanggal 11 Februari 2009 telah menjadi tarikh yang bersejarah bagi diriku sendiri kerana telah secara rasminya dilantik sebagai Presiden Kelab Sejarah, Politik dan Strategi (PESEPSI) bagi sesi 2008/2009. Perlantikan ini merupakan satu amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakan-rakan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS) UKM. Sebelum ini, nama PESEPSI telah dikenali di kawasan kampus UKM dan kini saya memikul tugas yang cukup berat untuk memastikan nama baik PESEPSI terus dipelihara dan gah di mata UKM sendiri.....kepada kawan-kawan yang telah menlantik saya, jutaan terima kasih saya ucapkan dan kini saya amat memerlukan sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada kawan-kawan semua untuk menjayakan serta menggerakkan apa jua program di bawah anjuran PESEPSI....mulai hari ini ada kawan-kawan yang memanggil saya YB...hakikatnya panggilan itu bukanlah suatu kebanggaan buat saya kerana yang penting saya memikul tanggungjawab ini kerana Allah s.w.t. saya harap sepanjang saya menjadi Presiden PESEPSI saya dapat menimba seberapa banyak pengalaman yang mungkin untuk kita kongsikan bersama demi masa depan kita....AYUH KAWAN-KAWAN...KITA BEKERJA DAN BERJUANG BERSAMA...ape yang penting.....?????....KERJASAMA....

Friday, February 6, 2009

Hi..........salam

Hi kawan-kawan..aku baru sampai.Please guide me in this maya side